Sedih tak bile one day u blk dr kedai n bwk shopping bag and your friend asked
"Eh, beli baju d recycle boutique ke?"
Padahal paper beg tuh ade tupperware and buku2 mse g kelas or baju hujan or baju kawan pinjam td..x layak ke muka aku nih shopping baju2 brand skit..T__T
Sedih tak bile one day your friend tgk your wardrobe and she asked u
"Eh,nih je ke smua baju2 u?, serious? sikitnya bg seorg ppuan..hari2 pakai baju ape je"
Padahal x de la sikit sangat pon..dlm 8,9 helai je la yg slalu pakai, ade org yg x bnasib baik tuh ade sehelai pon dah bsyukur sgt. Banyak kang x muat almari plk..T__T
Sedih tak bile one day your friend asked
"Everyday pakai jacket same je,x de jacket lain ke,bosanye"
Padahal kat Malaysia nanti bukan nak pakai pon smua jacket2 nih, beli bukan main banyak, nanti nak balik buang/sedekah je sbb tpakasa kan. Membazir je. Lagipon jacket bukan pakai 24/7.. Lagi2 aku nih slalu kepanasan..T__T
Sedih tak bile one day your friend tgk kasut2 u kat shoe rack and said
"Laa,your shoes ke...hehe..ingatkan yang sape la pelik sgt nih"
Yes,that's mine..Its cheap and x cantik and sgt2 nampak murah, but tahukah anda kerana kasut2 murah itulah everyday i'm going to lecture tak sesejuk pakai selipar. Tahukan anda kasut buruk itulah yang banyak menyelamatkan kerana selalu lambat ke class everymorning and dpt berlari2 bukan seperti sepatu tinggi merah anda..
Bersyukur lah kita dengan setiap urat benang yang ada pada badan kita..Bukan jenama yang dinilai,bukan juga kualiti atau kuantiti tapi kualiti si pemakai itu lebih penting dari segala jenama yang ada.
Bagi sesetengah manusia, pertanyaan seumpama itu ibarat persoalan dalam penghinaan namun apa yang penting bagaimana untuk kita bertindak balas atas apa yang ditanya. Bersyukurlah dan kasihanilah pd yang bertanya kerana dia masih tak sedar bahawa dia patut bersyukur kerana berapa ramai lagi yang x dpt mengecapi peluang untuk berbelanja membeli pakaian sepertinya.
Tetapi alangkah malunya diri ini kerana kadangkala kita yang membelanjakan beratus-ratus ringgit/dollar demi pakaian masih tidak dapat berpakaian sepertimana yang disuruh oleh agama kita berbanding dengan mereka di Palestin sana yang mana hanya memakai pakaian yang disedekahkan oleh kita.
Jangan pernah malu jika pakaian kita tidak setanding 'mereka'. Tetapi malulah kita jika pakaian kita lebih teruk dari mereka di Palestin sna.
Berbelanjalah apa yang anda mahukan tetapi biarlah berpada..