Sunday, October 24, 2010

Aku
Bersyukur
di lahirkan sebagai seorang aku.
Bersyukur
di cemuh setiap hari setiap malam setiap detik
Bersyukur
terpaksa bersusah payah sedang yg lain bersenang lenang
Bersyukur
setiap kali membuat kebaikan dibalas dengan tuba
Bersyukur
kerana hari ini mata ini masih berkaca kerana menangis
Bersyukur
di kala orang lain tersenyum gembira bibir ini masih mampu tersenyum walau hati menangis
Bersyukur
kerana dosa lalu aku bangkit menjadi aku hari ini
Bersyukur
hati ini masih mempunyai perasaan sedih,hiba,kecewa,penat dan lelah
Bersyukur
kerana masih dapat memendam rasa tanpa perlu mencanang-canang tentang org lain walau hati ini sakit
Bersyukur
kerana perasaan rindukan keluarga sentiasa ada di hati
bersyukur


Bersyukur dan bersyukurlah wahai AKU
kerana telah begitu banyak nikmat yang diberikan oleh kepada mu jika dibandingkan dengan apa yg diberikan mu kepadaNYA. AKU hanya mengharapkan erti syukur yang sebenar wahai Tuhan. kerna aku tahun erti syukur yang aku rasai ini bukanlah sebaik-baik dan seelok-elok erti syukur yang ENGKAU mahukan.




Ya allah
Aku mohon aku supaya tetap bersyukur padaMu. Kerna tanpa Mu siapa lah lagi aku ini..yg hina di mata manusia.Yang mungkin menganggap darjat kucing di tepian jalan lebih elok jika dibandingkan dengan diriku.

Namun jauh di sudut hatiku, Aku tahu diriku sayang dan cintakan Mu,mengharapkan setulus kasih dan sayang dariMu. Bukan syurga yg dicari kerana diri ini sedar aku tak layak untuk syurgaMu itu namun kasih dan sayang, belas dan ihsan, cinta dan panduan dariMu yg daku harapkan supaya sentiasa bersamaMu,bersama di jalanMu walau di akhirat kelak

No comments:

Post a Comment