Tuesday, October 12, 2010

TWENTY ENTRY

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
I'm getting better..

Alhamdulillah Allah..
Without u I'm no one..

Alhamdulillah ya Allah..
Engkau telah caturkan yang terbaik buat diriku..Aku hanya memohon terbaik dariMu..Peganglah diriku..Pegang hatiku..peganglah keluargaku..Peganglah org2 yg aku sayang Ya Allah...

Alhamdulillah ya Allah
Engkau tidak membiarkan aku keseorangan..Dikala hatiku sepi..Dikala diriku takut..Dikala aku sunyi dan rindu dan memerlukan seseorang,aku tahu Engkau bersamaku,jauh dalam hatiku..

Alhamdulillah Ya Allah..
Diatas nikmat untuk bersamaMu..Terima kasih kerana memilih aku untuk menghadapi ujian dariMu..Tiada apa yang ingin aku minta selain untuk bersamaMu..Kerna aku tahu bila bersamaMu,aku kuat,aku gembira,hatiku tenang..

Ya Allah
Pandulah aku untuk terus bersamaMu
Peganglah hati-hati kami di saat iman kami naik mahupan turun
Sayanglah mereka yg menyayangiku sebagaimana mereka menyayangiku
Kuatkan lah semangat dan iman kami
Kuatkan lah fizikal dan mental kami
Kuatkan kami menghadapi ujian dariMu
Jauhi kami dari gangguan syaitan,jin,manusia yang dapat menyesatkan kami
Jauhi kami dari azab api nerakaMu
Jauhi kami dari perbuatan-perbuatan maksiat yg dapat menjauhkan kami dari cintaMu
Jauhi kami perbuatan keji
Jauhi kami dari riak,ujub,hasad dengki,khianat dan sebagainya
Jauhi kami dari hutang piutang
Jauhi kami dari perkara-perkara yg melalaikan kami

Permudahkanlah ya Allah
permudahkan urusan kerja kami
permudahkan jodoh kami
permudakan kami untuk beribadat kepadaMu
permudahkan pembelajaran kami


Kurrniakanlah daku ya Allah
Kasih dan cinta kepada Mu yang akan menyampaikan aku ke syurgaMu


Kurniakanlah daku ya Allah
Jodoh yang dapat aku membantu membina baitul muslim
Jodoh yang dapat mententeramkan hatiku
Jodoh yang dapat mengingatkan daku kepadaMu
Jodoh yang dapat menyambungkan cintaku padaMu

Kurniakan daku ya Allah
zuriat yang soleh dan solehah
jangan engkau wariskan pada mereka sikap2 daku yang jahat,sikap2 mazmumah ku..ampuankan dosa-dosa ku yaAllah
Aku takut, Aku bimbang
Jika engkau balas kepada anak cucuku segala dosa-dosaku..
Ampunkan lah kami


Jadikanlah daku Ya Allah
Anak yang solehah
Isteri yang solehah
Kakak yang solehah
Adik yang solehah
Rakan yang solehah
Mukmin yang solehah
Bantukan lah daku YA Allah...permudahkanlah ya Allah

No comments:

Post a Comment